Hiburan
“Saya Bukan Ustaz” - Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Agama Dari Isteri Sahaja, Enggan Ambil Risiko
Pelakon dan sutradara terkenal Sabri Yunus menegaskan dirinya bukan individu yang tepat untuk menjawab persoalan orang ramai berkaitan hal agama.
Jelas Sabri, 63, dia enggan mengambil risiko untuk mengulas tentang persoalan agama yang diajukan kepadanya.
“Saya bukan ustaz. Bagi saya, hal-hal berkaitan agama ini perlu dijawab dengan berhati-hati.
“Saya tidak mahu mengambil risiko dan juga tidak mahu orang menyangka saya berlagak seperti ustaz," katanya ketika ditemui di sidang media program Angeline Tanya Abang Jawab pada Isnin.
Advertisement
Bagaimanapun, selepas bergelar suami kepada Angeline Tan, menjadi tanggungjawabnya untuk menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh isterinya.
“Saya tidak bersedia untuk menjawab pertanyaan orang lain kerana saya tidak berani. Tugas saya sebagai suami hanyalah untuk menjawab pertanyaan isteri. Jika orang lain ada persoalan, sila rujuk pihak yang lebih berautoriti. Bagi saya, itu lebih baik," jelasnya.
Dalam masa sama, Sabri mengambil inisiatif untuk menambah ilmu agamanya menerusi video-video ceramah keagamaan oleh agamawan bertauliah.
“Saya cuba rujuk beberapa agamawan melalui video-video ceramah di YouTube tapi bukan semua saya tengoklah. Saya memilih juga yang mana sesuai untuk dia sebagai mualaf.
"Ada hikmah juga dalam perkahwinan saya dengan Angeline. Saya menjadi lebih rajin mencari jawapan yang memerlukan penjelasan tepat dan tidak boleh dijawab sesuka hati," kongsinya.
Sekadar info, Angeline atau nama Islamnya Ardini mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah Sabri Yunus pada 14 Oktober tahun lalu dan memeluk islam pada 26 September 2023.
BERITA TRENDING: Bersedia untuk Moves Like Jagger? Maroon 5 Singgah Malaysia Februari 2025
BERITA TRENDING: Penyanyi Tiba-Tiba Beremosi Lempar Mikrofon & Tinggalkan Pentas! Ini Cerita Sebenarnya...
BERITA TRENDING: Malaysia Ambil Maklum Laporan Kapal Tentera Laut Asing Di ZEE
BERITA TRENDING: Berjubah Gelap, Hantaran Isteri Hafiz Suip Cetus Perhatian – “Bismillah, Doa Yang Baik-Baik”
Must-Watch Video