Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tengah Seronok Camping, Sekumpulan Individu Terkejut Tiba-Tiba…

Firdaus
08/09/2024 02:57 MYT
Keseronokan berkelah sekumpulan individu bertukar tragedi apabila dapur mudah alih yang digunakan meletup secara tiba-tiba.

Suka Jadi Duka

Perkara tersebut dimuat naik di media sosial di mana ia menunjukkan detik-detik kejadian itu berlaku.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Melihat kepada insiden berkenaan, rata-rata netizen menzahirkan rasa takut serta tertanya-tanya tentang punca yang menyebabkan dapur mudah alih itu meletup.

"Takutlah...

“Siapa boleh terangkan kenapa boleh meletup? Sebab saya pakai dapur macam ni juga, takutlah,”

“Masa dia buka casing tu, api tengah menyala ke? Macam mana boleh meletup?”

“Takutnya.”

Selain itu, ada juga segelintir yang memberikan tips untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

"Carilah proper stove dan gas butane. Cari stove yang ada pengudaraan yang baik dan cari gas butane yang ada explosion proof cooling,"

"Cara betul sambungkan gas butane supaya gas butane tu tak rapat sangat dengan punca api kena ada tube macam gas dekat dapur kita tu, pastikan ada air flow untuk elak dapur meletup sekiranya ada gas bocor dari tin butane."

BERITA TRENDING: Beri Pandangan Tentang Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Dilabel Penunggang Oleh Netizen

​BERITA TRENDING: Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

​BERITA TRENDING: Isu ‘Abang Bas’, Uyaina Arsyad Anggap Konten Kanak-Kanak Boleh Undang Kesalahan Jenayah - “Mungkin Dia Itu Orangnya Memang Baik Tapi…”

​BERITA TRENDING: Rakam Video Pelajar Perempuan, Pemandu Bas Atau 'Abang Bunga' DiCekup Polis

Sekadar info, tiada sebarang maklumat lanjut tentang keadaan sekumpulan individu di dalam video singkat yang dikongsikan.

Kejadian juga dipercayai berlaku di Indonesia. Setakat artikel ini ditulis posting tersebut berjaya meraih lebih satu juta tontonan di Platform X.
#Viral #Netizen #Meletup #Dapur #Gas