Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Tengah Susah Nak Tengoklah Ada Yang Bagi Bantuan Ke Tak, Tapi Haram,” - Almy Nadia Kecewa

Kamaruddin Razal 13/02/2018 | 15:00 MYT
Pelakon Datin Almy Nadia meluahkan rasa kecewa apabila tiada bantuan diberikan kepada suaminya, aktor Datuk Fizz Fairuz yang mengalami kerosakan kereta sebentar tadi.
Almy memuat naik status tersebut menerusi entri terbaru akaun instagram (IG)nya.
Menurut Almy, dia berasa tertekan kerana tiada rakan-rakan yang sudi membantu ketika keluarganya mengalami kesusahan.
“Tapi saja nak bagitahu la ya, tengah susah ni, ada siapa-siapa call nak bagi bantuan tak? Ada? Ada kaaa?
“Sorry ya harini emo tau, hari marah sebab tertekan dengan keadaan encik suami pergi cari rezeki lepas tu kereta ada masalah tak ada orang tolong.
“Sebab orang sentiasa ingat kitorang ini kaya dan tak pernah susah. Encik suami pulak sejenis tak reti nak call siapa-siapa untuk minta tolong.
“Dia sengaja masuk dalam Instagram dan FB dia nak tengok ada ke orang nak call bagi bantuan tapi haram.
“Masa susah cari, masa seronok hilang, bagus tahniah diucapkan,” tulisnya.
Almy juga memberitahu dia telah berfikir panjang sebelum membuat posting berkenaan.
“Maaf teremo tau. Dah fikir banyak kali sebelum post dan letak status ni. Maaf la ya pada haters, stalkers,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meminta agar Almy bersabar dengan ujian yang diberikan.
Tidak kurang juga ada yang menyokong kenyataan aktres tersebut.
Terdahulu, Fizz Fairuz memuat naik foto yang menunjukkan tayar keretanya di IGnya dengan kapsyen “Dugaan hahahah rasanya macam break ni tapi tunggu repairlah, panas” kira-kira beberapa jam yang lalu.

Dugaan ...hahahaha rasanya mcm break ni ,tapi tggu repair lah...panassss ?

A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on

#pelakon #Fizz Fairuz #Almy Nadia #Pelakon #Almy Nadia
;