Hiburan

Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra Nama Anak Lelaki Fara Hezel

Zulaikha Yusof
26/10/2020
06:46 MYT
Penyanyi Fara Hezel, 24, telah mendedahkan nama anak sulungnya yang baru dilahirkan pada 18 Oktober lalu.
Seperti yang diumumkan menerusi entri di akaun Instagram (IG)nya, nama bayi tersebut adalah Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin PetraTengku Mohammad Kamal Hishamuddin.
"Bismillahirrahmanirrahim. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan rezeki kepada kami seorang cahaya mata yang selamat dilahirkan pada 18/10/2020 jam 6.05am.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan putera sulung kami. Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra bin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin," tulisnya.
Posting itu turut berkongsi wajah bayi yang sedang tidur di atas tilam berwarna biru yang tertera namanya, Tengku Muhammad serta huruf TM di bantal.
Fara yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019.
BACA: "26 Jam Tahan Sakit Contraction" - Dapat Baby Boy, Fara Hezel Jadi Ibu Pada Usia 24 Tahun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

George Town Dikenali Semua, Tak Perlu Tukar Nama Tanjong Penaga

gempak
17/07/2024
13:45 MYT
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada sebarang isu berkaitan nama tempat dan keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Hiburan

Netizen Petik Nama Ammar Alfian Belasah Kekasih, Ini Respons Tuan Badan

gempak
09/07/2024
04:25 MYT
Pelakon, Ammar Alfian menafikan dakwaan dia pelakon yang membelasah kekasih setelah dipetik nama oleh netizen.
Hiburan

Uniknya! Pelancong Wanita Ini Diberi Nama Malaysia - “Orang Di Sini Baik, Makanan Juga Bagus”

gempak
02/07/2024
10:25 MYT
Seorang wanita rakyat Amerika Syarikat menjadi perhatian netizen kerana memiliki nama yang unik menyamai negara ini iaitu Malaysia.
Hiburan

Sharifah Amani Selamat Bersalin, Pilih Nama Klasik Untuk Anak - “Meet Our Little One Ahmed Mohsein”

gempak
28/06/2024
09:39 MYT
Suami kepada pelakon, Sharifah Amani iaitu Ahmed Faris Amir mengucapkan rasa syukur selepas isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka.
Hollywood

Giliran Anak Tom Cruise, Suri ‘Buang’ Nama Bapa, Hanya Dikaitkan Dengan Katie Holmes

gempak
25/06/2024
18:50 MYT
Selepas tiga orang anak Brad Pitt ‘membuang’ namanya dalam pengenalan baharu mereka, kini nasib yang sama berlaku kepada salah seorang pesohor seni dunia, Tom Cruise.