Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 pada hari ini.

Menerusi laman sosial Instagram Selangor Royal Official, ucapan hari lahir ulang tahun kelahiran beserta doa dititipkan bersama beberapa foto Tengku Permaisuri untuk tatapan umum.

A post shared by Selangor Royal Official (@selangorroyalofficial)


Namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah kejelitaan dan penampilan Tengku Permaisuri yang kelihatan muda dan tidak seperti seseorang yang berusia 50 tahun.

Di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian terhadap Tengku Permaisuri kesayangan ramai itu dan turut sama menitipkan ucapan hari lahir.

“50 tahun tapi macam 30 je. Happy birthday Tuanku,” komen seorang wargamaya.

“50? Admin salah ni. More like 32 je. Happy birthday Tengku Permaisuri,” usik seorang wargamaya.

“Sanah helwah TP Selangor. Muda 30-an, pic last tu comel sangat,” tulis seorang wargamaya.

“Masya-Allah awet muda. Daulat Tuanku,” puji seorang wargamaya.

“Happy birthday Tuanku. You really look stuning at the age of 50,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, ucapan beserta foto-foto tersebut telah menerima hampir 11,000 tanda suka daripada wargamaya.

Sekadar info, Tengku Permaisuri Norashikin melangsungkan majlis pernikahan bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah Klang.