Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KBDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyambut ulang tahun keputeraan yang ke-60 hari ini.

Sempena itu, puteri-puteri baginda, Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Puteri Jihan Azizah tidak melepaskan peluang untuk mendedikasikan ucapan manis buat bonda tercinta.

"Selamat ulang tahun keputeraan kepada pemaisuri cantik, semoga Allah merahmati dan sentiasa memberi perlindungan.

"We love you Ma," tulis Tengku Puteri Iman menerusi sebuah entri di Instagram.

Perkongsian itu sudah semestinya mendapat perhatian dari wargamaya yang turut menulis ucapan istimewa kepada baginda Raja Permaisuri Agong (RPA).

Happiest Birthday to our beautiful Queen. May Allah bless you and protect you always ?? We love you Ma❤️

A post shared by Tengku Puteri Iman Afzan (@imanabdullah) on


Sementara di Twitter, Tengku Puteri Jihan turut mendedikasikan ucapan buat RPA.

"Selamat ulang tahun keputeraan kepada ibu yang terbaik, semoga Allah merahmati dengan kesihatan yang baik dan kebahagiaan, I love you mama," tulis Tengku Puteri Jihan.

Dalam perkongsian sama, Tengku Puteri Jihan turut berkongsi empat keping foto kenangan bersama baginda RPA.
Di kesempatan ini, Gempak juga ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun keputeraan kepada KBDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Semoga Tuanku terus dirahmati dan dikasihi Allah SWT.