Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tengok Hael Husaini Mengamuk Di Set Penggambaran, Sharnaaz Titip Nasihat

Izwan Isa
02/10/2023 13:50 MYT
Penyanyi Hael Husaini sebelum meraih perhatian peminat apabila mengambil keputusan untuk terjun ke bidang lakonan.

Bakal muncul dengan drama siri perdana berjudul My Famous Ex Boyfriend, Hael juga kerap memuat naik perkembangan kerjaya lakonannya itu sejak beberapa minggu lalu.

Namun, menerusi satu rakaman yang dibuat oleh rumah produksi BamBam Studios di Instagram baru-baru ini, Hael dilihat mengamuk dan meninggikan suara ketika berada di set penggambaran drama berkenaan.

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)


“First time Cik Bam nampak Hael Husaini mengamuk di set,” begitu tulisan kapsyen video yang dikongsikan.

Meninjau ruangan komen, kelihatan dramatis Sharnaaz Ahmad meninggalkan nasihat buat
Hael.

“Heheheheh sabar lah dik.. hidup memang keras,” tulisnya ringkas.

Namun, ada dalam kalangan pengguna media sosial mempersoalkan nasihat Sharnaaz, sehingga pelakon Polis Evo 3 itu memulangkan paku buah keras kepada individu berkenaan.



BACA: Hael Husaini Kini Jadi Pelakon! - "Saya Sanggup Masuk Kelas..."​

#Hael Husaini #BamBam Studios