Hiburan
"Tengok Video Kat YouTube Sebelum Kutuk" - Cleopatra Bengang Video Masak Dikecam, Cabar 20 Orang Rasa Masakannya
Dua hari lalu viral di Twitter apabila satu video pendek wanita yang bergelar Cleopatra menunjukkan cara memasak di Twitter dengan caption "Saya berniat untuk memasak bagi anak-anak tahfiz. Tahfiz mana yang dicadangkan untuk saya".
Namun Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwan Shaharuddin mempertahankan videonya itu dengan memberitahu Twitter hanya membenarkan dua minit video sahaja yang boleh dikongsi.
"M (I'm) amazed by the amount of Masterchefs on Twitter. Sila tengok video penuh di saluran YouTube saya sebelum anda mengutuk. Twitter hanya benarkan dua minit video sahaja untuk di post.
"Kepada yang mengutuk cara saya memasak, saya nak panggil 20 orang untuk saya masakkan dan anda sendiri adili sakit perut atau tidak," tulisnya di akaun Instagram.
Sebelum itu, dalam entri Cleopatra di Instagramnya, dia menyatakan bahawa dia tidak akan memaafkan orang yang melabelkan dirinya sebagai 'pondan'.
Sambil berkongsi gambar dia sedang hamil, Cleopatra memberitahu dia tidak pernah digelar sedemikian seumur hidupnya hanya kerana dia dikatakan mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan menteri (Belia dan Sukan).
“Selama hidup saya, teknik solekan saya tetap sama dan saya tidak pernah dipanggil pondan. Tetapi sejak hari difitnah transgender beberapa bulan lepas hanya kerana niat jahat untuk jatuhkan menteri, saya dilabelkan pondan sampai ke hari ini.
“Saya tidak akan maafkan sesiapa dan saya tidak akan lupakannya. Kita jumpa di padang masyar,” tulis Cleopatra lagi.
Gambar beliau bersama Syed Saddiq tular melalui media dan mencetus tanda tanya selepas wanita berkebaya hadir mesyuarat di Kementerian Belia dan Sukan. > Baca: "Dia Wanita Sejati & Ada Dua..." - Syed Saddiq Perjelas Isu Transgender Cleopatra
Netizen pada mulanya menganggap Cleopatra sebagai pembantu peribadi Syed Saddiq, dan tidak kurang juga melabel wanita tersebut sebagai pondan atau transgender.
Must-Watch Video