BERITA
“Tentang Suamiku Yang Serupa Sifat Nabi Adalah...”- Yatt Hamzah Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3!
Pelakon Yatt Hamzah meraikan ulang tahun perkahwinan ketiganya bersama suami Mohammad Zulfadhli.
Sempena ulang tahun perkahwinan mereka, Yatt memberi ucapan khas buat suaminya.
Menurut Yatt, suaminya memiliki satu sifat Nabi yang membahagiakannya hingga ke hari ini.
“Tak sangka dah 3 tahun jadi isteri dia. Anak pun dah 3 termasuk Kak Nia...Sorrylah lewat dah baru dapat wish. Siang tadi sibuk sampailah malam ni. Tapi tak nak panjang-panjang kat sini. Ucapan panjang Lebar dah setel LIVE mlm td..
“Cuma 1, tiada apa yang lebih membahagiakan isteri dari memiliki suami yang penyayang dan penyabar terhadap isteri dan anak-anak.
“1 tentang suamiku yang serupa sifat Nabi SAW adalah suka memberi ciuman ikhlas walaupun sedang marah. Alhamdulillah. Keep it up b, don't give up and please top up more & more..Terima kasih Allah..
“Happy 3rd Anniversary Suamiku Wahai Zauj Syurgaku,” tulisnya.
Yatt berkongsi ucapan tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto suaminya mengucup dahinya sewaktu di hari pernikahannya.
Rata-rata turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian mereka.
Pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sementara melalui perkahwinan pertamanya Yatt juga mempunyai seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika yang kini berusia 9 tahun