Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tentukan Cita Cita, Nia Ramadhani Larang Anak Lelakinya Jadi Artis

Maliah Surip
09/05/2021 07:50 MYT
Pelakon yang cukup terkenal dengan drama Bawang Putih Bawang Merah, Nia Ramadhani melarang dua anak lelakinya untuk mengikuti jejak langkahnya sebagai artis.

Nia tidak mahu anaknya, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zaladrie Bakrie berada dalam radar dunia seni.

"Mereka tidak boleh menjadi artis," tegas Nia sewaktu muncul di acara Nyonya Bos di saluran YouTube Trans TV, Jumaat lalu.

Menurut selebriti Indonesia itu, dia punya alasan kukuh untuk menentukan cita cita dua anak lelakinya, selain daripada menjadi artis.

Sebagai anak lelaki, Nia berpendapat mereka perlu memiliki pekerjaan tetap kerana kelak akan menjadi pembimbing keluarga.

"Anak lelaki saya perlu boleh menjadi pemimpin keluarga. Jadi dia kena ada pekerjaan tetap," katanya.

Tambah Nia, dia juga tidak mahu mensia siakan masa depan kedua anak lelakinya yang sudah dihantar ke sekolah yang bagus.

"Lagipun sudah dihantar ke sekolah mahal, bagus, ya," tambahnya.

Nia Ramadhani yang sering menimbulkan kontroversi sendiri menikah dengan seorang usahawan kaya, Anindra Ardiansyah Bakrie saat masih berusia 20an.

Suaminya yang mesra disapa Ardi merupakan lulusan dari Amerika Syarikat dan kini merupakan Wakil Direktur Utama PT Bakrie & Brothers Tbk.

Mereka yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 itu kini dikurnai tiga cahayamata termasuk seorang anak perempuan, Mikhayla Zalindra Bakrie.

Instagram: @niaramadhanibakrie

#pelakon #Nia Ramadhani #Indonesia #Kaya #Lelaki #Pekerjaan #Ardie Bakri #Cita
;