Banjir besar yang melanda Pahang kini menyebabkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ditutup bagi kegunaan awam.

Namun, itu tidak menghalang mereka yang ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk menggunakan jalan kampung.

Tular di laman sosial apabila seorang pengguna Twitter @AbenHazd berkongsi pengalamannya melalui jalan kampung di Pahang untuk pulang ke ibu kota.“My family stranded dekat Pahang and on the way balik KL. Terpaksa ikut jalan kampung sebab lebuhraya tutup. Jem sangat teruk dan orang kampung bagi makanan. Thank you orang Pahang,” tulis pemuda yang dikenali sebagai Hazidi.

Menerusi perkongsian video berdurasi 15 saat itu menunjukkan orang kampung di Felda Lakum berkumpul di sekitar tepi jalan raya bagi menghulurkan minuman dan makanan buat mereka yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya.

“Itu adalah perjalanan pulang keluarga saya dari Kuantan ke Kuala Lumpur yang mengambil masa 11 jam. Terbaik orang Pahang,” ulas Hazidi ketika dihubungi Gempak.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang tersentuh hati melihat kebaikan orang kampung yang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Miskin diluar.. kaya di hati.. Respect,” puji seorang wargamaya.

“Mereka sendiri dalam keadaan susah tapi masih lagi mampu tolong orang lain,” ujar seorang wargamaya.

“Proud to be Malaysian. Kebanyakannya rakyat Malaysia ni bersifat belas kasihan dan baik hati. Cuma mereka tak nak tunjuk je,” komen seorang wargamaya.

“Power orang Pahang ni. Budi pekerti tiada had,” kata seorang wargamaya.

“Terharunya tengok atas bantuan yang dihulurkan. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang bertungkus lumus memberi kerjasama pada mangsa banjir pada mereka yang terkandas. Harap semua jaga diri baik-baik,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir setengah juta tontonan dan 30,000 tanda suka daripada warga Twitter.