Laman Utama
Terciduk Tampal Foto Wanita Bogel, JB GOT7 Minta Maaf
Salah seorang anggota kumpulan GOT7, Jay B atau JB telah menimbulkan kontroversi apabila secara tak sengaja 'mendedahkan' foto wanita bogel yang ditampal di dinding.
Foto tersebut terdedah sewaktu JB membuat siaran secara langsung di Instagramnya pada Jumaat.
Sebaik menyedari kekhilafan tersebut, JB terus meminta maaf kepada peminat. Melalui Insta Story dia menulis: "Saya minta maaf."
Advertisement
JB kemudian menjelaskan, foto wanita bogel yang ditampal tersebut diambil dari salah seorang artis kegemarannya.
"Saya tidak cermat. Saya telah mempamerkan sesuatu hal yang tak sepatutnya dilihat oleh banyak orang dalam peringkat pelbagai usia," katanya lagi.
Dia juga berjanji akan lebih berhati hati di kemudian hari dan memastikan hal culas seperti itu tidak akan terjadi lagi.
Sementara itu, agensi artis tersebut, H1GHR MUSIC jug mengeluarkan kenyataan meminta maaf atas kontroversi yang terjadi.
Melalui Koreaboo, agensi menjelaskan, selain begitu berminat dengan dunia muzik, JB juga begitu menghargai karya seni fotografi. Dia malah pernah membuat pameran fotograf.
"Foto yang terlihat dalam live tersebut juga merupakan salah satu jurugambar yang juga bekerja dengan banyak artis kenamaan Korea,” kata H1GHR MUSIC.
Kredit Foto: Soompi
Must-Watch Video