Kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas dibunuh oleh ibu bapanya hanya kerana muntah di pasar mini, Ahad lalu di Kabupaten Bekasi, Indonesia.
Mayat mangsa dibungkus lalu dibuang di sebuah kedai kosong.
Pengawai polis daerah Merto Jaya, Kombes Wira Satya Triputra berkata, teguran pekerja pasar mini yang meminta orang tua kanak-kanak itu bertanggungjawab atas insiden berkenaan membuatkan mereka berasa kesal dan malu.
Jelasnya, kanak-kanak malang itu dibunuh dengan cara dipukul dengan senjata tumpul.
Kedua-dua suspek iaitu AZR,19, dan SD, 22, kini sudah ditahan polis dan terancam hukuman penjara maksimum 15 tahun.
Sumber: Sinar Harian