Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tergamak Pukul Ibu Kandung Depan Jiran

Gempak
07/07/2024 15:55 MYT
Wanita ini sememangnya wajar digelar 'anak dari neraka'.

Tindakannya yang tergamak memukul ibunya sendiri hingga baju berlumuran darah turut menjadi tular di media sosial.

Pukul ibu

Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.
Klip berdurasi 34 saat itu dikongsikan pemilik akaun Fery Kiting di Facebook dengan kapsyen, 'Ya ALLAH, tergamaknya wanita muda itu aniaya ibu kandungnya hingga berdarah-darah.'

Rakaman itu akhirnya sampai ke pengetahuan pihak berkuasa, namun jurucakapnya, Dedi Mirza pada Jumaat mengesahkan kedua-dua pihak sudah berdamai.

"Punca dia sanggup mencederakan ibunya tidak diketahui," ujarnya.

Menerusi klip itu, wanita tersebut dilihat menyerang ibunya, namun jiran tetangga cuba menghalangnya daripada terus memukul mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Virgoun Saran Inara Rusli Kembali Rujuk: “Dari Segi Agama Pun Tak Boleh”

ARTIKEL BERKAITAN: "Bahagianya Dia Hari Ini..." - Anak Menangis Dapat Hadiah Bola, Netizen Turut Rasa Sebak!

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Sedih Ibu Jadi Mangsa Serangan Netizen - “Kerana Kekurangan & Kesilapan Saya Telah Meletakkan Dia Di Posisi Sebegitu”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak, Isteri Direman, Bantu Siasatan Kes Sebar Maklumat Dalaman Polis

ARTIKEL BERKAITAN: "Sampai Hati Kamu Bunuh Anak Ibu" - Rintihan Pilu Ibu Mangsa Bunuh Kes Tuntutan Fasakh

Ibu wanita itu kemudiannya menjauhkan diri daripadanya dan meminta perkara itu dimaklumkan kepada keluarga di kampung.

Wanita itu dikatakan 'naik hantu' kerana terpaksa menanggung hidup ibunya.

"Saya sudah penat menjaganya," katanya di hadapan jiran tetangganya.

Sumber: Sinar Harian

#Anak #Pukul Ibu #Darah