Hiburan

Ibu Virgoun Saran Inara Rusli Kembali Rujuk: “Dari Segi Agama Pun Tak Boleh”

gempak
Maliah Surip
06/07/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Ibu Virgoun Saran Inara Rusli Kembali Rujuk: “Dari Segi Agama Pun Tak Boleh”
Selepas anaknya Virgoun ditangkap kerana dadah, ibu penyanyi tersebut Eva Manurung menyarankan agar bekas menantu, Inara Rusli kembali rujuk.
Pada pendapat Eva, keadaan mungkin akan menjadi lebih baik jika Virgoun dan Inara kembali bersama daripada anak lelakinya itu berkahwin dengan wanita lain.
Saranan tersebut disambut dengan dua alasan oleh Inara.

“Macam mana ya? Dari saya sendiri memang tidak mahu (rujuk).

“Dan dari agama juga sebenarnya tidak boleh,” kata Inara seperti dilaporkan DetikHot.

Tidak Mungkin Kembali Menjadi Suami Isteri

Menurut Irana dia dan Virgoun tidak mungkin kembali menjadi suami isteri selepas dijatuhkan talak tiga pada Mei 2023 sewaktu mereka bergaduh.

BERITA TRENDING:Inara Pesan Virgoun & Kekasih Jangan Sampai Diserbu Jiran

Dalam Islam, talak tiga bererti pernikahan tidak dapat terjadi kembali kecuali pihak perempuan menikah dengan orang lain terlebih dahulu, bercerai lagi, dan menyelesaikan masa iddahnya.

​BERITA TRENDING:Inara Rusli Bingung Virgoun Saman Sebab Buka Telefon Bimbit Tanpa Izin, Minta Dipenjarakan

Bagaimanapun kata Inara dia tidak mempunyai masalah dan masih menjalin hubungan baik dengan keluarga bekas suaminya itu.

​BERITA TRENDING:Lepas Dituduh Zina Sampai Cerai, Virgoun Ditangkap Kerana Dadah

Terdahulu kisah perceraian Virgoun dan Inara penuh drama bermula dengan lelaki itu ditangkap menjalin hubungan bersama wanita lain lalu rasmi bercerai pada November 2023 dan saling membawa masalah ke mahkamah.

​BERITA TRENDING:Pernah Guna Dadah Pada 2012, Virgoun Kembali Ambil Syabu Untuk Kurus

Namun keduanya menarik saman di antara satu sama lain pada Mei 2024 dan Virgoun ditangkap mengambil dadah jenis syabu baru-baru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live