BERITA
Tergamak Tendang Ibu Akibat Selisih Faham Dengan Bapa
Seorang lelaki tergamak menendang ibunya sehingga cedera dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Melur, Tawau, Sabah pada Ahad.
Lelaki berusia 20-an itu bagaimanapun ditahan polis sejurus aduan dibuat oleh bapanya sendiri selepas berlaku perselisihan faham antara mereka berdua.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian itu berlaku salah faham antara suspek dan bapanya sehingga menyebabkan suspek telah bertindak agresif.
"Suspek menendang isteri pengadu sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala. Susulan itu, pengadu telah tampil membuat laporan polis.
"Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah menjalankan operasi bagi mengesan dan menahan suspek di kawasan tempat meletak kenderaan Hospital Besar Tawau," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan," katanya.
BERITA BERKAITAN: Pertahankan Ibu, Anak Maut Dipukul Ketua Kampung
BERITA BERKAITAN: Tanah Runtuh Miri: Nur Irsalina Sempat Lihat Ibu Peluk Adik, 5 Sekeluarga Maut Dikebumi Satu Liang Lahad
BERITA BERKAITAN: Tergamak Ibu Bapa Bunuh Anak Hanya Kerana Muntah Di Pasar Mini
BERITA BERKAITAN: Ibuku, Maduku!
Sumber: Sinar Harian