Hiburan

Tergamaknya! Kematian Abam Dijadikan 'Modal' Buat Ejen Insurans Untuk...

gempak
Hanafis Haris
11/02/2020
06:36 MYT
Sponsor Banner
Tergamaknya! Kematian Abam Dijadikan 'Modal' Buat Ejen Insurans Untuk...
Semalam kita digemparkan dengan berita mengenai kematian pelawak popular Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya.
Berita mengejutkan itu pastinya membuatkan ramai yang terkesan, terutamanya dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat terdekat.
BACA: Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia
Namun, ketika orang ramai masih meratapi pemergian Abam, muncul pula sesetengah individu tidak bertanggungjawab menggunakan kes kematian pelawak itu untuk menjual insuran.
Kisah Abam yang telah meninggalkan anak dan juga isteri buat selama-lamanya juga dijadikan 'selling point' untuk memasarkan produk dan servis ditawarkan mereka.
Malah, perkara itu juga telah sampai ke pengetahuan rakan baik kepada Abam sendiri iaitu Achey.
Beberapa 'screenshoot' kegiatan ejen itu turut dikongsi menerusi satu posting terbaru di Instagram Achey.
"Aku tak akan cari kau cuma kesempatan yang diambil jadikan iktibar," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live