Pelakon Syafiq Kyle menarik perhatian wargamaya apabila memuat naik sekeping fotonya tidak berbaju dan menampakkan bahagian dada.

Menerusi laman sosial Twitter, Syafiq berkongsi foto tersebut untuk tatapan umum.

“A nicer shade of red,” tulisnya ringkas sebagai keterangan pada foto tersebut.

Foto tidak berbaju itu difahamkan diambil khas untuk majalah gaya hidup tempatan, EH! yang menyambut ulang tahun ke-20 pada tahun ini.



Syafiq tampil kacak dan elegan dalam sehelai jaket yang diletakkan di bahagian kepalanya. Melihat kepada reaksi entri Twitter terbabit, rata-rata wargamaya cukup teruja melihat entri terbaru Syafiq.

“Ya Allah bang, kalau ye pun tutuplah badan tu. Boleh menjerit saya bila tengok walaupun saya ni lelaki,” ujar seorang netizen.

“Hmm, jarang-jarang berlaku ni. Apa-apa pun tetap kacak,” puji seorang netizen.

“Capik apa tu nampak puting!” komen seorang netizen.

“Tergugat iman saya bang,” kata seorang netizen.

“Nampak sedaplah Chipsmore tu,” ujar seorang netizen lagi memberi usikan nakal.

Terkini, Syafiq bakal muncul dengan sebuah filem seram berjudul Pusaka terbitan Astro Shaw.

Filam arahan Razaisyam Rashid itu turut dibintangi oleh Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Filem Pusaka akan ditayangkan pada 31 Oktober ini di pawagam seluruh Malaysia.

Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube Astro Shaw.