Terima Aduan Isu Klip Video Hari Raya, SKMM Rakam Percakapan Aliff Syukri
Umirah Halim
03/04/2024 22:00 MYT
03/04/2024 22:00 MYT
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor pada Rabu.
Setelah kertas siasatan siap, ianya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Klip video raya yang dimuat naik di platform media sosial beliau dilihat sebagai kandungan yang bersifat jelik yang boleh melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Ini termasuk Seksyen 233 yang melarang pembuatan dan penghantaran komunikasi yang antara lain, bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.
Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
Pegawai penyiasat telah menyita kad sim dipercayai milik suspek serta satu unit telefon bimbit yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan.
Selepas kecoh dikritik oleh orang ramai, Aliff bagaimanapun memberitahu video promosi lagu raya baharu itu sekadar untuk menyakat netizen sempena ‘April fool’.
Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil juga turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video yang dimuat naik susulan beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video itu yang dipercayai menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.Berita Trending: Cemar Kesucian Ramadan, Fahmi Fadzil Minta SKMM Teliti Video Aliff Syukri!
Terima aduan
Menerusi kenyataan yang dikongsi MCMC, rakaman percakapan ini adalah susulan aduan yang diterima oleh MCMC berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan.Setelah kertas siasatan siap, ianya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Klip video raya yang dimuat naik di platform media sosial beliau dilihat sebagai kandungan yang bersifat jelik yang boleh melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Ini termasuk Seksyen 233 yang melarang pembuatan dan penghantaran komunikasi yang antara lain, bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.
Siasatan sedang dijalankan
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588].Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
Pegawai penyiasat telah menyita kad sim dipercayai milik suspek serta satu unit telefon bimbit yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan.
Teaser video raya dikritik
Sebelum ini, perkongsian sedutan lagu raya berjudul Love Raya yang dikongsi oleh Aliff Syukri menerusi akaun Instagramnya mengundang kecaman netizen.Selepas kecoh dikritik oleh orang ramai, Aliff bagaimanapun memberitahu video promosi lagu raya baharu itu sekadar untuk menyakat netizen sempena ‘April fool’.
Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil juga turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video yang dimuat naik susulan beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video itu yang dipercayai menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.