Viral

Aliff Syukri Hanya ‘Prank’, Tiada Lagu Raya Tahun Ini - “Untuk Korang Semua… April Fool”

Asyikin Mayudin
02/04/2024
01:49 MYT
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu dia sebenarnya tidak ada mengeluarkan sebarang lagu raya untuk tahun ini.
Berharap ibu dan isterinya tidak marah, Aliff bagaimanapun memberitahu video promosi lagu raya baharu itu sekadar untuk menyakat netizen sempena ‘April fool’.
“Lagu raya saya tak ada pun, saya saja sakat korang semua. Pada mak dan isteri saya, jangan marah ya. Untuk korang semua… april fool. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
“Yang baik datang daripada Allah, yang kurang daripada saya,” kata Aliff menerusi video yang dimuat naik di Instagram pada pagi Selasa.

Netizen Kecam Tindakan Aliff Syukri

Bagaimanapun, rata-rata netizen tetap mengkritik tindakan Aliff itu memandangkan ‘April fool’ haram dilakukan bagi umat Islam dan menganggap video itu juga telah mengundang fitnah.
“April fool tu haram dalam Islam. Kau dah promo video yang mengundang fitnah dalam Islam dan bangsa. Kau seperti tak rasa bersalah langsung buat benda ni.
“April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan.
“April Fool bukan dalam Islam ya, ingat Datuk,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, perkongsian sedutan lagu raya yang dibuat oleh Aliff Syukri menerusi akaun Instagramnya semalam mengundang kecaman netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Aliff memuat naik satu babak daripada muzik videonya yang menampilkan dia dan beberapa penari mengenakan kostum yang terlalu aneh untuk dikaitkan dengan kedatangan bulan Syawal.
Tidak hanya kostum ketat mengikut bentuk badan, gaya persembahan dia serta penari-penarinya juga menjadi bahan kritikan daripada wargamaya.

BERITA TRENDING: Sharnaaz Ahmad Anggap Kehadiran Aliff Syukri Dalam Industri Ibarat Warna - “Orang Macam Dia Tetap Akan…”

BERITA TRENDING: Aliff Syukri Mohon Maaf, Padam Teaser MV Lagu Raya Menggeletis - "Dah Buat Susah-Susah, Kena Kecam"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Tak Mampu Upah Peguam - "Saya Tak Ada Wang Ringgit, Tapi Saya Ada Allah"

gempak
26/06/2024
00:45 MYT
Bekas pembantu kepada usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Melati Abdul Ghani akan meneruskan perjuangan biarpun tanpa bantuan peguam.
Viral

Masih Degil & Ego, Aliff Syukri Enggan Beri Peluang Lagi Pada Bekas Pembantu Peribadi - "Sekarang Baru Sedar Langit Tinggi Atau Rendah"

gempak
25/06/2024
09:11 MYT
Baru sahaja menang kes saman fitnah terhadap bekas pembantu peribadinya, Melati Abdul Ghani, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri kali ini memuat naik hantaran meluahkan perasaannya berhubung permasalahan itu.
Hiburan

Jual Durian RM8 Sekilo, Netizen Puji Sikap Pemurah Aliff Syukri! - "Perangai Walau Kadang Mak Sendiri Tak Boleh Faham, Tapi Dia Bersedekah"

gempak
19/06/2024
13:55 MYT
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menerima pujian netizen apabila dirinya menjual durian dengan harga hanya RM8 sekilogram.
Viral

Saran Angkat Call Boss Luar Waktu Kerja, Ramai Tak Setuju Dengan Aliff Syukri - “Kena Ingat, Pekerja Pun Nak Juga Waktu Rehat”

gempak
16/06/2024
08:00 MYT
Saranan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri berkenaan pekerja harus sentiasa bersedia menerima panggilan daripada majikan ketika di luar waktu bekerja nampaknya tidak dipersetujui netizen.
Viral

Bagasi Tak Lepas Kaunter Check-In, Aliff Syukri Rugi Ribuan Ringgit Disebabkan Urusan Bisnes Luar Negara Tergendala

gempak
03/06/2024
04:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata, daripada 10 bagasi yang dibawa untuk didaftar masuk, namun, hanya lapan sahaja yang berjaya diproses.