Terima Anugerah Ibu Ikon Malaysia, Netizen Label Rita Rudaini Sebagai Inspirasi
Firdaus
23/09/2024 12:25 MYT
23/09/2024 12:25 MYT
Pelakon Rita Rudaini baru-baru ini menerima Anugerah Ibu Ikon Malaysia 2024/2025 bersempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.
Tidak terhenti di situ, Rita juga sempat menitipkan nasihat agar ibu bapa di luar sana supaya menjaga cahaya mata dengan baik walau berhadapan dengan pelbagai ujian hidup.
"Tidak mudah, walaupun ada di antara kita berlainan latar belakang, tapi ujian dan rasa itu tetap sama. Percayalah, disetiap semua itu bukanlah kesusahan tetapi itulah ujian untuk yang terpilih.
"Dan percayalah di sebalik ujian itu ada ‘hadiah’ manis yang Allah berikan iaitu anak. Jagalah, sayangilah mereka dan didiklah mereka kerana Allah," ujarnya.
Mahu Terus Beri Inspirasi
Perkhabaran gembira itu dikongsi menerusi entri yang dimuat naik di Instagram di mana aktres berusia 48 tahun tersebut menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak penganjur di atas penganugerahan berkenaan di samping berjanji akan menjadi contoh yang baik kepada kaum wanita di luar sana."Terima kasih Ikon Malaysia untuk Anugerah Ibu Ikon 2024/2025 . Saya akan terus memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana.
"Kita semua wanita kuat, kita semua adalah ikon," katanya.Tidak terhenti di situ, Rita juga sempat menitipkan nasihat agar ibu bapa di luar sana supaya menjaga cahaya mata dengan baik walau berhadapan dengan pelbagai ujian hidup.