,
Hiburan

Terima DM Dihina Seperti Haiwan, Ibu Aliff Aziz Tak Melenting - "Teruskanlah Jika Ini Membuat Anda Bahagia"

Umirah Halim
19/06/2024
08:25 MYT
Selepas kes kontroversi khalwat yang membabitkan aktor sensasi, Aliff Aziz dan aktres Ruhainies, setiap hantaran yang dibuat ibunya, Siti Hafiza Bashaharil pasti meraih perhatian wargamaya.
Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di akaun Instagramnya, Siti Hafiza tampil memuatnaik mesej berbaur kecaman yang telah diterima daripada pengguna yang menggunakan nama akaun @ejboikotruhainies.

Terima DM kecaman

Menerusi tangkap layar tersebut individu itu telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anak lelakinya, Aliff serta mencaci keluarganya.
Dalam pada itu, Siti Hafiza memanjatkan rasa syukur diatas mesej negatif yang diterima dan mendoakan yang terbaik buat individu tersebut.
“Alhamdulillah terus kan lah jika ini membuat anda bahagia ya kami tetap du'akan Allah berkati anda sekeluarga. Salam buat ibu dan ayah anda kerana pasti nya mereka akan merasa sedih jika membaca kata-kata anda ini. Saya yakin mereka adalah insan2 yg baik subhanallah.
“Mudah mudahan di padang mahsyar kelak apabila di depan Allah orang yang anda sanjung-sanjung tanpa mengenal siapa dia sebenar nya dan bersungguh memaki hamun kami hanya untuk memuas kan hati anda. Dia akan dapat membantu anda InshaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sementara itu, ruangan komen hantaran tersebut telah ditutup oleh Siti Hafiza.
Terdahulu, perkahwinan antara Aliff Aziz dan pelakon Bella Astillah akhirnya terlerai selepas pasangan ini bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.
Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

BERITA TRENDING: Berlatar Belakang Kisah Cinta Terlarang, Drama Baharu Aliff Aziz & Ruhainies Ditayangkan Jumaat Ini

BERITA TRENDING: “Kesian Sebab Mereka Bersungguh Menulis Maki Hamun, Pasti Penat Kan” - Ibu Aliff Aziz

BERITA TRENDING: "Hati Yang Tenang Itu Sangat Mahal Harganya" - Ibu Aliff Aziz Muncul Semula, Panjat Rasa Syukur Selepas Selesai Kes Cerai Anak

Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

BERITA TRENDING: “Saya Menceraikan Isteri Saya Dengan Talak Satu,” - Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Bercerai

BERITA TRENDING: Blacklist Nama Ruhainies, A Aida Masih Jaga Ukhuwah Sebagai Kawan - "Bila Jumpa Boleh Salam, Peluk, Cium"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Bukan Mudah Ibu Tunggal Macam Kak Long Untuk Sentiasa Kuat…” - Didi Astillah Beri Kata-Kata Semangat Buat Bella

gempak
24/10/2024
02:54 MYT
Pelakon, Didi Astillah memberikan kata-kata semangat buat kakaknya, penyanyi Bella Astillah untuk terus kuat mengharungi kehidupan.
Hiburan

Takut Salah Pilih, Qistina Raisah Dedah Ibu Bantu Tapis Teman Istimewa - “Kalau Dating Ibu Saya Teman”

gempak
22/10/2024
03:05 MYT
Pelakon sensasi, Qistina Raisah mendedahkan ibu nya yang juga merangkap sebagai pengurus, Roszana Aminuddin akan sentiasa memantau perihal hubungannya bersama teman istimewa.
Hiburan

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

gempak
19/10/2024
00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.
Hiburan

Saif Sulaiman Alami Demam Panas Hingga Masuk Wad, Syifa Melvin Mohon Doa - “Berkecai Hati Tengok Anak Ibu Lembik…”

gempak
18/10/2024
23:50 MYT
Usahawan Syifa Melvin memaklumkan anak sulungnya, Sulaiman dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam baru-baru ini.
Hiburan

Hanya Berlalu Pergi, Aliff Aziz & Ruhainies Diam Membisu… Enggan Komen Kes Khalwat Ditangguh

gempak
17/10/2024
04:13 MYT
Aktor kontroversi Aliff Aziz dan pelakon sensasi Ruhainies terus diam membisu usai mahkamah menetapkan kes khalwat yang melibatkan mereka berdua ditangguhkan Februari depan.
BorakSeeni