Terima DM Netizen Kurang Ajar, Amira Othman Simpati Dengan Wany Hasrita - “Kesian, Tak Ada Dosa Pun Kena…”
Asyikin Mayudin
18/05/2024 06:55 MYT
18/05/2024 06:55 MYT
Penyanyi Amira Othman berkongsi video memperlihatkan rakan baiknya yang juga penyanyi Wany Hasrita membuka mesej peribadi (DM) daripada netizen di Instagram miliknya.
Digelar Perkataan Tak Baik
Menerusi perkongsian itu, Wany dilihat terkejut apabila membuka salah satu DM netizen yang menulis banyak perkataan ‘bab* kepadanya.
“Bab* ke ini?” soal Wany sambil menunjukkan mesej itu kepada Amira dan seorang lagi rakan mereka iaitu pelakon Anita Baharom.
Difahamkan mereka ketika itu sedang mengikuti kelas agama bersama.
Amira menerusi kapsyen di perkongsian itu meluahkan rasa simpati terhadap Wany yang mendapat kata-kata tidak baik daripada netizen.
“Kesian ek. Tak ada dosa pun kena panggil (emoji bab*). Sabarlah dik non,” tulis Amira.