Laman Utama
Suami Izin Aishah Al Iman Muncul Dalam MV Wany Hasrita
Lebih setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Wany Hasrita tampil dengan single terbaharu berjudul Cinta Hatiku.
Menariknya, Wany turut menampilkan buah hatinya, Aishah Al Iman yang baru berusia empat bulan dalam muzik video lagu terbabit.
"Saya sangat teruja semenjak proses rakaman vokal lagi. Kerana itu kali pertama saya merakamkan lagu ditemani seseorang di dalam studio.
"Walaupun waktu itu Aishah masih dalam kandungan tapi saya boleh rasakan kehadiran Aishah seolah memberi semangat ketika dalam studio," katanya yang sedang hamil 37 minggu ketika penggambaran muzik video terbabit.
BERITA TRENDING: Wany Hasrita Akhirnya Dedah Wajah Anak, Kongsi Pengalaman Pertama Naik ‘Flight’...
Istimewanya tentang lagu itu, kata Wany Cinta Hatiku mengisahkan rasa kasih sayang ibu kepada anak."Actually saya sendiri yang request pada FMC Music untuk merakamkan sebuah single tentang Cahaya Mata di mana lagu tersebut mengisahkan tentang rasa kasih dan sayang seorang ibu pada kurniaan terhebat Illahi (anak).
"Dua kali jugalah saya masuk studio, pertama sewaktu masih mengandung (37 minggu) dan kali kedua disambung setelah saya selamat bersalin," ceritanya.
Dalam pada itu, Wany turut merakamkan ucapan terima kasih buat suaminya, Mohd Al Adib Fahmi yang mengizinkan anak sulung mereka muncul dalam muzik video tersebut.
"Terima kasih kepada suami tercinta kerana memahami dan mengizinkan penglibatan Aishah dalam muzik video Cinta Hatiku. Aishah masih sangat kecil, jadi saya perlu meminta persetujuan suami dulu.
"Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang penyayang serta memahami tentang tuntutan kerjaya seni saya," katanya.
Lagu Cinta Hatiku dicipta Rudy Nastia dan lirik nukilan Mawar Kasih.
PILIHAN PEMBACA: Perkenalkan Nama Anak, Wany Hasrita Sebak Lihat Bayi Cukur Rambut Selepas Genap 7 Hari Bersalin
BERITA TRENDING: “Ibu Lebiu” - Wany Hasrita Selamat Bersalin Baby Girl
Must-Watch Video