Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Terima Hadiah Beg Tangan, Iftar Dengan Anak-Anak Yatim Antara Perkongsian Akhir Rohana Jalil Di IG

Asyikin Mayudin
21/06/2023 11:50 MYT
Pemergiaan Allahyarham penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, yang meninggal dunia pada jam 11.33 malam tadi memberi impak yang besar dalam industri seni tanah air.

Arwah yang juga ibu kepada pelakon Kilafairy menghembus nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menjengah laman Instagram, kali terakhir arwah memuat naik perkongsian pada April lalu sebelum dimasukkan ke hospital akibat komplikasi kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.

Video terakhir yang dimuat naik arwah mwmpelihatkan dia menerima hadiah ulang tahun kelahiran yang merupakan beg tangan berjenama daripada anaknya, Shakira dan Zamer.

Malah, arwah juga sempat meluangkan masa dengan rakan-rakan baiknya yang datang untuk berbuka puasa bersama anak-anak yatim pada 2 April lalu.

Menerusi perkongsian itu, arwah kelihatan kurus namun tetap tersenyum manis disamping rakan-rakan antaranya penyanyi Haiza Hanafi.

Sekadar info, Allahyarham dilahirkan pada 18 Februari 1955 dan memulakan kerjaya seni selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM 1980.

Arwah yang popular sekitar tahun 1980 an pernah merakam beberapa album dan antara lagu yang popular nyanyian arwah ialah Rayuanku, Resahku, Naluri Cinta, Jangan Main Mata, Kerana Dia Kita Terpisah.

Untuk rekod, Arwah mendirikan rumah tangga dengan Jahangir Khan dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shakira Idora dan Syakila Nisa atau lebih dikenali sebagai Kilafairy.

ARTIKEL BERKAITAN: "Mohon Doakan Arwah Mama" - Kilafairy

ARTIKEL BERKAITAN: TERKINI! Rohana Jalil Meninggal Dunia

#Rohana Jalil #Rohana #Perkongsian Rohana
;