Terima Kad Tauliah MAIS, Shamsul Ghau Ghau Ajar Mengaji Al-Quran

Syafiqah Jalal
April 18, 2019 03:53 MYT
Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau-Ghau atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin mendedahkan dirinya sudah menerima kad tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Kad Tauliah Kategori D3 itu adalah Tauliah Mengajar Al-Quran dan lelaki yang mesra disapa Pak Su ini dibenarkan untuk mengajar mengaji Al-Quran di sekitar Selangor.
“Alhamdulilah, ucapan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah mengajar dan mendidik Pak Su. Jazakallah.
“Ini bukti kepada kawan-kawan untuk kembali belajar dan membaca Al-Quran. Bacalah Al-Quran,” tulisnya.
Shamsul berkongsi berita gembira itu dia akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama, Shamsul memuat naik bukti kad tauliahnya itu.
Rata-rata pengikut Instagram melahirkan rasa bangga selepas membaca khabar terbabit dan tidak kurang juga, ada yang meluahkan hasrat untuk belajar mengaji bersama Shamsul.
#pelakon #Pelakon #Mengaji #Ustaz #Shamsul Ghau Ghau