"Terima Kasih Atas Doa Diberikan, Insya-Allah Semua Akan Kembali Baik" - Ardell

Rozaimi Zubaidi
Julai 11, 2018 03:50 MYT
Pelakon Ardell Aryana mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesahatan dirinya.
Menurut laporan Harian Metro, Ardell berkata, buat masa sekarang dia tidak mahu menjawab segala pertanyaan daripada mana-mana pihak berhubung keadaan kesihatan dirinya.
"Saya minta maaf. Buat masa ini saya tak dapat nak jawab mana-mana pertanyaan.
"Terima kasih atas doa diberikan. InsyaAllah semua akan kembali baik,” katanya ringkas.
Baru-baru ini, Ardell dikhabarkan sedang menghidap penyakit kanser tahap tiga.
Lebih menguatkan spekulasi itu apabila Ardell memuat naik video terbaharunya di Instagram (IG) yang menunjukkan dia berkerusi roda.
Rata-rata netizen berasa terkejut dengan keadaannya berkerusi roda, mendoakan agar pelakon itu segera sembuh.
Sumber: Harian Metro
#pelakon #Ardell Aryana #Pelakon