,
Hiburan

“Terima Kasih Atas Sokongan” - Pencarian vokalis kedua Floor 88 Dapat Sambutan Hangat!

Fiza Kamarudin
22/01/2020
02:48 MYT
Kumpulan Floor 88 mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghantar rakaman nyanyian menerusi hashtag #2ndvokalisfloor88.
Pemain keyboard, Eric Fuzi berkata, sambutan sangat di luar jangkaan dan sejak semalam ribuan rakaman nyanyian diterima mereka.
"Untuk hari pertama (semalam), sebanyak 1,000 rakaman nyanyian diterima berserta hashtag #2ndvokalisfloor88. Namun, penyertaan rakaman dihantar hari ini didapati bertambah dan jumlah sebenar belum diperoleh lagi.
"Alhamdulillah, dengan sambutan diterima. Semoga pencarian Floor 88 untuk penyanyi gantian Ayie dipermudahkan dan lancar," katanya.
Semalam, Floor 88 menerusi Instagram berkongsi berita pencarian penyanyi gantian untuk Ayie yang perlu direhatkan seketika.
Kumpulan popular dengan lagu Zalikha, Aqilah dan Hutang itu menerima tamparan hebat apabila Ayie disahkan mengalami masalah peti suara atau vokal koyak yang memerlukan dia berehat selama tiga minggu.
Antara kriteria bakat dicari Floor 88 ialah boleh menyanyi dengan baik, berperwatakan menarik, sopan-santun serta pandai mengambil hati.
Mereka yang berminat juga perlu berusia 18 hingga 25 tahun dan terbuka untuk lelaki dan perempuan serta mesti tidak merokok, mengambil dadah serta minuman keras.
Justeru, setiap individu berminat boleh menghantar rakaman nyanyian lagu Floor 88 di Instagram berserta dengan hashtag #2ndvokalisfloor88.
Eric berkata, penghantaran rakaman penyertaan masih dibuka dan Floor 88 akan mengumumkan keputusan muktamad secepat mungkin.
Katanya, penyanyi gantian untuk Ayie harus ditemui segera memandangkan Floor 88 tidak putus menerima undangan persembahan.
“Calon bertuah yang dipilih itu nanti pasti diserapkan sebagai penyanyi solo dan muncul dengan lagu sendiri," katanya.
Pada 14 Januari lalu, Ayie tiba-tiba rebah ketika menyanyikan lagu Aqilah dalam Konsert Gempak NEGERI fm di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Wali Band Kagumi Floor 88, Pilih 20 Mei Ini Untuk Satu Pentas

gempak
12/05/2023
05:21 MYT
Wali Band yang bakal beraksi di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Mei
Laman Utama

Floor 88 Tak Fikir Panjang, Terus Terima Lamaran Kolaborasi Wali Band! - "Mereka Rujukan Kami Dari Bangku Sekolah Lagi"

gempak
06/04/2023
11:30 MYT
Floor 88, Wali Band akan menjayakan konsert Dream Festival Collaboration Vol.2
Laman Utama

Ada Sebab Ayie Floor 88 Ambil Masa ‘Tayang’ Wajah Anak Di Laman Sosial; “Saya Pernah Berdepan Dengan Gangguan…”

gempak
03/10/2022
06:57 MYT
Ayie Floor 88 kongsi pengalaman pernah alami gangguan ilmu hitam.
Laman Utama

Mahu Tempa Nama Di Indonesia, Floor 88 Bakal Berduet Dengan Raffa Affar

gempak
10/08/2022
03:31 MYT
Boleh pergi jauh.
Laman Utama

[VIDEO] Ayie Floor 88 Selamat Bergelar Bapa

gempak
22/07/2022
11:04 MYT
Tahniah Ayie dan Tasha
BorakSeeni