Seorang individu meluahkan rasa kecewanya kerana hanya menerima sebatang pen setelah menerima mesej daripada sebuah jenama rangkaian tempatan untuk menuntut hadiah misteri.

“Terima kasih atas hadiah itu tetapi saya expect dapat lebih daripada ini, faham kan maksud saya.

“Saya tidak sangka jemputan untuk menuntut hadiah itu hanya semata untuk dapat pen.

“Percayalah, tak berbaloi,” luah nya menerusi hantaran di platform X.

Berita Trending:"Rumah Mahal, Kualiti Reban Ayam" - Warganet Mengeluh Pemaju Perumahan…

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang terhibur dengan perkongsian lelaki tersebut dan ada juga yang berang dengan tindakan jenama itu.

“Misterinya sampai dapat pen sebatang je.

“Kalau pen gini, baik rembat kat pejabat tanah.

“This is not funny @unifi. Wasting time. Wasting petrol. Wasting energy. Kalau parking kena charge, pun kira membazir duit.

“Lain kali nak bagi hadiah tu, terang-terang bagitau what’s the gift. Tak payah misteri. Sebab hadiah misteri kau tu cuma sebatang pen harga dua ringgit.

“@unifi kesian customer ni. Datang guna petrol bayar tol semata-mata untuk satu pen,” tulis beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis hantaran ini telah menerima sebanyak 120 ribu tontonan di platform X.