HIBURAN
"Terima Kasih Buat Mama Kerana Melahirkan, Membesarkan Adik" - Anna Jobling
Meskipun masih panas dengan kemelut dengan ibu, pelakon jelita Anna Jobling sempat menitipkan kata-kata penghargaan buat ibunya Ariz Ayop sempena hari lahir ke-25 hari ini.
Anna akui setiap ucapan dan doa dibacanya dan amat bermakna buat dirinya ketika ini.
"Terima kasih banyak untuk semua ucapan pada hari jadi yang indah. Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna.
"Terima kasih juga buat mama kerana telah melahirkan dan membesarkan adik. Adik doakan semoga mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah," kata Anna.
.jpg)
Konflik antara Anna dan ibunya kini berada dalam perhatian umum selepas laporan menyebut pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu mendapatkan perintah injunksi dan Perintah Perlindungan Interim (IPO) daripada Mahkamah.
Must-Watch Video