Penyanyi Misha Omar mengucapkan terima kasih kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS yang dianggap sebagai ‘godfather’nya dalam industri muzik.

Misha menerusi laman sosial Instagram memberitahu, Ramli merupakan seorang guru yang banyak mengajar dan membentuk nyanyiannya sehingga menjadi lebih baik.

Kata Misha lagi, pengarah muzik itu jugalah yang memberitahu kepadanya supaya nyanyian harus diberikan suntikan jiwa yang jiwa supaya mampu menyentuh jiwa-jiwa lain.

“Tak tergambar kata-kata betapa besarnya jasa dia buat saya, sampai dia pun tak paham apa yang dia beri kepada saya.

“Orang yang ikhlas memang mcmtu, dia cuma tahu memberi dan akan terus memberi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan apa-apa.

“Cikgu yang pemurah dengan ilmu dan selalu bagi saya makan…Terima kasih, Cikgu…Mek akan terus belajar dan terus belajar.

“Mek tahu, Mek bukan yang terbaik malah tak pernah berkecil hati bila ada yang kata Mek tak cukup bagus... Ruang dan kesempatan yang ada, Mek akan belajar lagi ya?

“Mek sayang Cikgu, ikhlas lillaahi taala,” tulisnya kepada Ramli.

Kapsyen tersebut ditulis Misha pada sebuah entri yang dimuat naik pada petang Rabu.

Misha memuat naik fotonya bersama Ramli yang juga pengarah muzik pada konsert This Is Misha, Live at DFP pada 5 Ogos lalu.

Konsert solo tersebut juga meninggalkan kenangan manis buat Misha apabila tiketnya habis terjual dalam tempoh 18 jam.

My godfather in this industry, My Cikgu, He is the one yg byk mengajar, yang banyak membentuk nyanyian kak mitch menjadi lebih baik..yang mengajar kak mitch,nyanyian harus ada suntikan jiwa yg jujur baru mampu menyentuh jiwa-jiwa yang lain. Tak tergambar kata-kata betapa besarnya jasa dia buat saya, sampai dia pun tak paham apa yg dia beri pada saya. Orang yg ikhlas memang mcmtu, dia cuma tahu memberi dan akan terus memberi dgn ikhlas tanpa mengharapkan balasan apa-apa..Cikgu yang pemurah dgn ilmu dan selalu bagi saya makan.. Terima kasih,Cikgu.. Mek akan terus belajar dan terus belajar ..Mek tahu, Mek bukan yang terbaik malah tak pernah berkecil hati bila ada yang kata Mek tak cukup bagus,.. Ruang dan kesempatan yang ada , Mek akan belajar lagi ya? . . Mek sayang Cikgu, ikhlas lillaahi taala. . Mek Samihah Omar. . This is Misha, Live at DFP, 5 Ogos 2019

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on