Pada satu Tweet di Twitter dan entri di Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), mereka berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan bekas pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei menyerahkan sumbangan kepada Masjid Al Hidayah Kg. Sungai Penchala.



Gambar-gambar tersebut juga asalnya diambil daripada laman Facebook Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala.

"Terima kasih Datuk Lee Chong Wei di atas sumbangan wang tunai dan kelengkapan masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala dikala suasana PKP ini.

"Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentakbiran Masjida Saidina Umar Al-Khattab dan warga kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.

"Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin," tertulis di laman Facebook Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala.



Datuk Lee Chong Wei sendiri sebenarnya tidak mahu menyebarkan bantuannya dan dia sendiri tidak berkongsi perkara tersebut di laman sosial miliknya.

Bantuan yang diserahkan oleh Datuk Lee Chong Wei kepada Masjid berkenaan berupa wang tunai serta kelengkapan seperti permaidani.

Rata-rata yang meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lee Chong Wei dan ramai yang mendoakan semoga beliau diberi hidayah dengan sifat-sifat murni yang ditunjukkannya itu.