Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Terima Kasih Isteriku Kerana…”- Tamat Pengajian, Suami Ummi Nazeera Terima Ijazah Sarjana

Syafiqah Jalal 05/04/2021 | 04:50 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar bersyukur kerana akhirnya dia telah selesai menamatkan pengajiannya dalam ijazah sarjana jurusan Kesihatan Awam.
Kejayaanya itu diraikan dalam sebuah Majlis Konvokesyen ke-48, Universiti Kebangsaan Malaysia (UPM), kemarin.
“Alhamdulillah. Selesai Master of Public Health saya. Alhamdulillah. Tahniah kepada semua graduan. Dah jadi alumni UKM kita sekarang.
“Terima kasih kepada SV Prof Azimatun, pensyarah-pensyarah, serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam perjalanan ini. All the best semua,” katanya.
Dr. Izzar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Dr. Izzar turut mengucapkan terima kasih kepada Ummi dan keluarga yang telah banyak memberikan sokongan sepanjang pengajiannya.
“Terima kasih kepada isteriku @umminazeera kerana memahami dan juga kepada ahli keluarga semua untuk sokongan selama ini.
“Bila ada peluang untuk memperbaiki diri dengan menambah ilmu. Ambillah peluang tu. Jangan asyik dok tiktok dan membuang masa. Belajarlah sehingga ke menara gading. Walaupun kita masih taktau ape bende ada kat sana tu sebenarnya. Mai mana menara gading tu? ,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Ummi dalam kemas kininya di IG juga turut mengucapkan tahniah.
“It’s my love’s graduation day . All the best handsome. Tahniah sayang,” ucapnya.
Dr. Izzar telah mendirikan rumah tangga dengan Ummi pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018.

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

#pelakon #Ummi Nazeera #Suami #Konvokesyen #Pengajian #Master
;