Pagi ini negara dikejutkan dengan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.

Berita itu disambut dengan kesedihan daripada pelbagai lapisan rakyat di seluruh negara.

Namun begitu kesedihan pastinya lebih dirasai dalam kalangan ahli keluarga diraja Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Menerusi satu entri di Instagram cucunda baginda, Puteri Afzan Shakira Nabila menyatakan Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah digambarkan sebagai seorang datuk yang hebat dan penyayang.

Puteri Afzan Shakira Nabila menyatakan bagaimana Almarhum telah bergelar seorang nenda yang luar biasa bagi keluarga diraja itu.

“Terima kasih menjadi datuk paling hebat buat kami semua. We love you so much” katanya.

How do we fill this hole in our hearts that you left us with? Thank you for being an amazing grandfather to all of us. We love you so much. Please sedekah Al fatihah to my beloved tok, the king of our hearts ❤️ Inalillahiwainailaihirojiun, Al Fatihah Tok.

A post shared by Puteri Afzan Shakira Nabila (@afzanshakira) on



Terdahulu, Sultan Haji Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi ini.

Berita kemangkatan tersebut disahkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pagi ini.

BACA: Sultan Ahmad Shah Mangkat