Anak kepada penceramah bebas Datuk Kazim Elias memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perkara itu dikongsi Kazim sendiri menerusi sebuah entri di akaun Facebook miliknya hari ini.



Kazim mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf sekolah anak perempuannya yang belajar di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak.

"Alhamdulillah...tahniah buat anak, terima kasih kepada guru-guru dan semua staf Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak," tulisnya di ruangan kapsyen.

Ruangan komen di entri tersebut dihujani ucapan tahniah para pengikut Kazim yang tumpang gembira.



Berdasarkan perkongsian itu, anak perempuan Kazim telah memperoleh semua gred A dalam sembilan matapelajaran yang diambil, tujuh daripadanya cemerlang tertinggi (A+) diikuti dua cemerlang tinggi (A).