Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mencatat pencapaian tersendiri apabila telah meraih sebanyak 7 juta pengikut di laman sosial Instagram.

Menerusi laman sosial Instagram juga, Siti atau lebih mesra disapa Tokti telah memuat naik satu video sebagai tanda penghargaan kepada semua pengikutnya.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pengikut tersayang,” tulis Tokti ringkas menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi video berdurasi satu minit itu menunjukkan Tokti yang kini sedang bercuti bersama kelaurganya di Gold Coast Australia berkongsi momen-momen indah sepanjang mereka di sana.

Alhamdullillah, Tq my lovely followers..❤️

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah kepada Tokti dan mengharapkan dia terus memberi inspirasi kepada pengikutnya.

“Tahniah 7 juta pengikut! Moga terus berjaya Tokti,” doa seorang wargamaya.

“Mak Iti comel sangat ni,” komen seorang wargamaya.

“Kekal nombor satu. Tiada tandingan dulu, kini dan selamanya. Tahniah Tokti!” kata seorang wargamaya.



Di laman Youtube, Tokti telah mencatatkan hampir 400,000 pelanggan manakala di laman sosial Twitter, dia telah menerima hampir 2.5 juta pengikut.

Video tersebut sehingga kini telah menerima hampir 150,000 tontonan dalam masa satu jam di muat naik.