Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Terima Kasih Kepada Yang Mendoakan & Hulur Bantuan Kewangan…” – Bob Lokman Dah Keluar Hospital

Fiza Kamarudin 06/02/2020 | 02:58 MYT
Pelakon dan penulis lirik popular Bob Lokman memanjatkan rasa syukur kerana telah dibenarkan pulang dari hospital selepas 17 hari dirawat di Hospital UiTM Sungai Buloh, Selangor sejak 19 Januari lalu.

“Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan buat saya. Juga kepada mereka yang ikhlas menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung," katanya.

Bob berkata, dia akan berehat lebih kurang seminggu sebelum kembali aktif berdakwah.

“Sakit sudah beransur pulih tapi kuantiti air berlebihan dalam badan masih belum stabil. Kudis-kudis dan bengkak juga bertambah baik. Insya-Allah 13 Februari nanti saya akan kembali meneruskan kuliah di Terengganu.

“Ikutkan saya memang sentiasa jaga kesihatan. Cuma saya susah nak kawal minum air kerana kerap berasa dahaga," katanya.

Ditanya adakah dia akan membawa pembantu untuk menemaninya ketika kuliah, Bob berkata, dia sedang memikirkannya.

“Setakat ini belum ada pembantu. Mungkin ia akan difikirkan selepas ini bagi membantu pergerakan saya," katanya.

Terdahulu Bob dimasukkan ke hospital kerana masalah air berlebihan dalam badan selain ada alahan ubat di bahagian kaki.

Masalah itu dialaminya ketika berada di Terengganu bagi aktiviti jelajah dakwah dan jemputan kuliah selama sebulan.

Penderitaan Bob mendapat perhatian ramai pihak antaranya Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan rakan-rakan artis seperti Nizam Laksamana yang turut menghulurkan sumbangan wang tunai.

Sumber: Harian Metro

#pelakon #Sakit #Pelakon #Sakit #Bob Lokman
;