“Terima Kasih Kerana Mengharu-Birukan Keadaan”- Dituduh Masuk Kristian, Sakinah Terpaksa Tunjuk Bukti Suami…
Syafiqah Jalal
07/02/2022 01:46 MYT
07/02/2022 01:46 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah dituduh telah menukar agamanya kepada Kristian gara-gara tidak menunjukkan bukti perkahwinannya dengan jejaka berasa dari Sweden, Michael Hansen.
Tuduhan itu dihantar oleh seorang pengguna laman sosial menerusi satu mesej peribadi ke akaun Instagram miliknya.
“Tahniah Kinah masuk Kristian,” tulis seorang netizen.
Bagi menjawab tuduhan tersebut, Kinah dalam satu hantaran memberitahu sebelum ini dia tidak menghebohkan perkahwinanya kerana mahu menjaga hati keluarga mentuanya.
“Kami tak post bukti sebab taknak mengharu-birukan keluarga mentua ya. Cuba anak awak tiba-tiba kena convert Hindu mau mak awak melenting tak?
“Nak sangat bukti swipe lah. Terima kasih lah sebab mengharu birukan keadaan. Kalau dah cakap dah lah dah lah, tak perlu buruk sangka.
“Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk nak jaga hati keluarga sana. Stress,” katanya.
Menerusi hantaran itu, Kinah memuat naik paparan skrin mesej peribadi daripada netizen berkenaan serta bukti kad perakuan memeluk agama Islam milik suaminya.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang meminta agar dirinya kuat menghadapi dugaan tersebut.
“Stay strong. Jangan layan,” komen salah seorang warga maya.
Tidak kurang juga, ada yang menyuruh Sakinah mengambil tindakan kepada yang cuba memfitnahnya.
“Saman je yang buat fitnah…” kata salah seorang netizen.
Beberapa hari lalu, Sakinah mengumumkan status hubungannya dengan Hansen yang kini sudah mempunyai ikatan yang sah.
BACA: Sharifah Sakinah Umum Dah Berkahwin, Ini Reaksi Sharifah Shahirah