Pelakon dan bekas peserta pertandingan Lawak Solo 2016, Fikry Ibrahim mengakui tidak menyangka drama adaptasi novel Cik Reen Encik Ngok Ngek lakonannya mendapat sambutan daripada orang ramai.

Menurut Fikry, sambutan yang diberikan oleh penonton amat luar biasa sehingga ramai yang mengelarkannya sebagai Encik Ngok Ngek ketika berada di luar.

"Alhamdulillah, pada mulanya saya rasa drama ini susah nak diterima oleh orang ramai kerana sebelum ini slot Mega Drama ceritanya lebih pada kisah romantik.

"Tapi selepas empat episod pertama ditayangkan orang boleh terima dan menghayati drama romantik komedi ini.

"Terima kasih kerana semua yang menyokong cerita 'LGBT' ini iaitu Lelaki Gelap Bini Terang," katanya secara berseloroh kepada HLive.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Selain Fikry, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Farah Nabilah., Scha Elinnea, Farhan Asri, Dini Schatzmann, Iswan Ismail, Haneesya Hanee, Raja Azmi dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Hadith Omar, jangan lupa saksikan Cik Reen Encik Ngok Ngek setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).