gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Terima Kasih Komen Yang Baik” - Tampil Berniqab, Aprena Manrose Terharu Sokongan Netizen, Mohon Doa Kekal Istiqamah

Mya Amri
Mya Amri
28/09/2022
02:15 MYT
Sponsor Banner
“Terima Kasih Komen Yang Baik” - Tampil Berniqab, Aprena Manrose Terharu Sokongan Netizen, Mohon Doa Kekal Istiqamah
Pelakon, Aprena Manrose menyatakan rasa terharu atas sokongan yang diberikan netizen buat dirinya.
Menurut Aprena, dia sangat menghargai respon positif yang diberikan netizen dan berharap mereka mendoakannya agar terus istiqamah.
“Terima kasih atas komen yang baik. Allah Maha baik, dalam kita mencari-Nya, Dia sentiasa membuka ruang seluas-luasnya. Allahuakhbar.
“Mohon doa dari kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqomah dan semoga doa berbalik pada kalian, insya-Allah,” tulisnya di ruangan komen.
Aprena berkata demikian sebagai membalas komen netizen di akaun Instagram miliknya yang rata-rata memuji dan menyukai penampilannya.
Sebelum ini, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman berkongsi foto terbaharu yang merakamkan dirinya mengenakan jubah dan berniqab ketika menghadiri sebuah majlis ilmu.
“Alhamdulilah atas rezeki yang diberi untuk menghadiri ilmu agama. Ramai sangat yang datang.
“Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang lemah.
“Insya-Allah, semoga kita semua terus usaha atas iman dan istiqomah ke jalan Allah,” coretnya.
View this post on Instagram
A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose)
Penampilan Aprena itu ternyata disukai netizen yang melihat aktres cantik itu menutup aurat dengan lebih sempurna.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Topic Berkaitan
#Aprena Manrose
#Penampilan
#Berniqab
#Majlis ilmu
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement