Laman Utama
“Terima Kasih KRU Studios Sudi Letakkan Saya Watak Utama” - Bell Ngasri Gila-Gila Dalam Geng Sakau vs Hantu Ting Tong
Pelakon, Bell Ngasri mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan kepada KRU Studios atas kepercayaan memberikan tanggujawab kepadanya menjadi pelakon utama dalam filem Geng Sakau vs Hantu Ting Tong.
Menurut Bell, sebelum ini dia pernah bekerjasama bersama KRU Studios menerusi filem Cicakman.
“Saya berlakon sewaktu saya balik dari Makkah, sebab itu rambut saya dalam filem ini pendek macam itu. Sekitar pertengahan tahun lepas, bulan Mei kalau tak salah saya.
“Saya dengan KRU sebelum ini pernah buat Cicakman dan untuk Geng Sakau vs Hantu Ting Tong ini saya merupakan watak utama.
“Tetapi tidak hanya saya, kita juga ada kawan-kawan lain bersama. Saya ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada KRU yang sudi letakkan saya sebagai salah seorang watak utama,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai Geng Sakau vs Hantu Ting Tong, Bell berkata ini merupakan kali pertama dia bekerja di bawah pengarahan Waan Hafiz.
“Sebelum ini saya kenal menerusi profile dia, kerja-kerja yang dia pernah hasilkan. Tidak secara rapat.
“Bila dah bekerja sekali barulah dapat kenal lebih akrab. Insya-Allah dengan hasil kerja yang dia lakukan, mungkin boleh kembali bekerja untuk naskhah yang lain,” ujarnya.
BACA: Geng Sakau vs Hantu Ting Tong, Papar Ragam Tiga Sahabat Berdepan Gangguan Mistik Next Level Di Flat
Filem komedi seram arahan Waan Hafiz ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Bell Ngasri, Shashic Lewan, James Arokisamy, Nabila Razali, Aziz M Osman, Chew Kin Wah dan Chelsea Ng.
Jangan lupa saksikan Geng Sakau vs Hantu Ting Tong di pawagam rumah anda iaitu Astro First (saluran 480).
Sinopsis:
Geng Sakau vs Hantu Ting Tong ini mengisahkan tentang kehidupan penduduk flat yang menjadi kucar kacir apabila mereka mula diganggu oleh makhluk ghaib.
Must-Watch Video