“Terima Kasih Malaysia, Anda Punya Tempat Istimewa Di Hati Saya” - The Rock

Kamaruddin Razal
Januari 3, 2018 04:30 MYT
Pelakon terkenal Hollywood, Dwayne Johnson atau The Rock mengucapkan terima kasih kepada peminatnya di Malaysia menerusi laman Instagram miliknya, @therock.
Semuanya gara-gara sambutan luar biasa filem lakonannya, Jumanji: Welcome to the Jungle yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.
The Rock cukup terharu apabila filem tersebut telah berjaya disenaraikan sebagai filem ketiga terlaris di sini.
"Malaysia, anda punya tempat istimewa di hati saya semenjak saya memulakan kerjaya dalam arena gusti lagi.
“Antara kenangan manis yang akan saya kenang sehingga ke hari ini ialah pertarungan dengan pihak lawan di Kuala Lumpur.
"Saya sangat berterima kasih dan teruskan menikmati Jumanji,” kata The Rock.
Selain Malaysia, The Rock juga memuat naik beberapa potongan video untuk negara lain seperti Australia, Jepun, Indonesia, Perancis dan Mexico sebagai penghargaan atas sambutan luar biasa penonton terhadap filem Jumanji.
Setakat 22 Disember 2017, Jumanji telah mencatat kutipan lebih RM19 juta sejak mula ditayangkan 14 Disember lalu.
Foto: Instagram The Rock
#pelakon #Hollywood #Pelakon #Hollywood #The Rock