Hiburan

Terima Kasih Malaysia! Filem NKCTHI Dapat Tempat Di Hati Penonton

gempak
Zulaikha Yusof
10/05/2020
06:45 MYT
Sponsor Banner
Terima Kasih Malaysia! Filem NKCTHI Dapat Tempat Di Hati Penonton
Selepas ditayang pada 23 April lalu, filem Indonesia Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) menduduki carta lima teratas di Astro First.
Mendapat tempat di hati penonton Malaysia, ternyata filem NKCTHI berjaya menyampaikan mesej di samping menyentuh perasaan yang menonton.
NKCTHI dibarisi pelakon hebat daripada Indonesia, iaitu Rio Dewanto, Sheila Dara Aisha, Rachel Amanda, Ardhito Pramono, Donny Damara, Susan Bachtiar dan ramai lagi.
Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).
Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.
Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Jangan lupa untuk sewa NKCTHI di Astro First saluran 480 dan strim On Demand.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live