Filem Hantu Bonceng 2.0 lakonan Zizan Razak, Taiyuddin Bakar dan Shiha Zikir melakarkan momen manis apabila mengutip RM1 juta dalam tempoh lima hari tayangan di Astro First.

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram rasmi Astro Shaw hari ini.

“Alhamdulillah, Hantu Bonceng raih kutipan lebih RM1 juta dalam tempoh lima hari tayangan. Terima kasih semua yang telah menonton dan beri sokongan padu pada filem tempatan!” maklum posting berkenaan.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Tidak dinafikan sejak ditayangkan sejak 11 Februari lalu, Hantu Bonceng 2.0 mendapat respon yang baik dari peminat filem tempatan.

Malah ada juga diantara peminat filem yang menonton sehingga berulang kali bersama keluarga tersayang.

BACA: “Kunyit Lawak Teruk Toq!” – Tak Puas! Ada Yang Repeat Hantu Bonceng 2.0 Sampai Empat Kali

Jadi yang belum menonton tunggu apa lagi ya? Alang-alang duduk dirumah, why not saksikan Hantu Bonceng 2.0. Gelak ketawa sama bersama keluarga, best tau!

Selain Zizan dan Taiyuddin, Hantu Bonceng 2.0 dibintangi oleh Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Chew Kin Wah, Acong Sweetchild, Sharif Zero, Amir Raja Lawak, Soya, Erryn Abdullah, Rashdan Baba dan pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy.

Saksikan Hantu Bonceng 2.0 di pawagam rumah anda bermula 11 Februari 2021, di Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim Hantu Bonceng 2.0 di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.