Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Terima Kasih Untuk 5 Tahun Ini, Aku Akan Berusaha Kuat Demi Kebahagiaan Anak..” - Cut Intan Nabila Beri Bayangan Perkahwinan Akan Berakhir?

Umirah Halim
24/08/2024 01:55 MYT
Kisah pempengaruh Cut Intan Nabila yang didera suami, Armor Toreador masih menjadi bualan hangat pengguna media sosial.

Terbaru, Cut Intan tampil memberi bayangan bahawa rumah tangga yang dibina selama lima tahun itu didakwa bakal berakhir tidak lama lagi.

Wish ulang tahun perkahwinan

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Cut Intan memuatnaik satu hantaran bersempena ulang tahun perkahwinan yang kelima.

A post shared by INTAN NABILA (@cut.intannabila)

Menurut Cut Intan, sepanjang tempoh lima tahun itu, dia melalui fasa suka, duka dan sakit yang terpendam.

Ujar Cut Intan lagi, ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang terakhir.

“Apapun yang kita miliki tidak selamanya membersamai kita. Pada akhirnya selalu ada batas di setiap perjalanan.

“Terima kasih untuk lima tahun ini, untuk suka, duka dan sakit yang terpendam. Maafkan jika cerita kita harus disaksikan oleh khalayak ramai.

“Walaupun tak pernah terucap kata maaf, aku sudah memaafkan.

“Selamat lima tahun perkahwinan yang terakhir, aku akan terus berusaha kuat untuk kebahagiaan Afkar, Zara dan Zhea,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Cut Intan Nabila Menangis Dalam Pelukan Bapa - "Sakitnya Sampai Ke Ulu Hati"

BERITA TRENDING: Kantoi Tengok Porno Punca Suami Cut Intan Nabila Mengamuk Sampai Naik Tangan, Kasari Anak

BERITA TRENDING: Tak Tahan Dicurangi, Cut Intan Nabila Muat Naik Rakaman Dibelasah Suami, Anak Masih Bayi Pun Kena Tendang

BERITA TRENDING: Cuba Banyak Cara Tapi Gagal, Cut Mini Ikhlas 23 Tahun Kahwin Tidak Dikurnia Anak

Terdahulu, Cut Intan memuat naik rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan kekerasan yang dilakukan oleh suaminya.

Ujar Intan, suaminya itu bukan sahaja melakukan penderaan fizikal terhadap dirinya dan anak malah sudah beberapa kali berlaku curang sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga.

Meskipun sudah memaafkan berkali-kali dan memberi peluang namun suaminya itu masih melakukan kesalahan yang sama.

Untuk rekod Intan dan Armor memiliki tiga orang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga sejak 2020.

Sumber: Instagram

#Perkahwinan #Suami #Dera #Intan #Nabila #Bakal #berakhir #cut
;