Laman Utama
“Terima Kasih Untuk Doa…”- Elyana Syukur Berat Naik 14kg
Penyanyi dan pelakon Elyana bersyukur kerana berat badannya kini sudah menunjukkan peningkatan memberangsangkan selepas menjalani rawatan kemoterepi sesi kedua sejak minggu lalu.
Menurut Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, beratnya naik sehingga 14 kilogram (kg).
“Daripada 36 kilogram (kg), sekarang dah 50kg. Alhamdulillah.
Advertisement
“Terima kasih untuk doa yang tidak pernah putus daripada keluarga dan anda semua. Saya sayang anda semua,” katanya.
Elyana berkongsi perkara berkenaan di ruangan kapsyen dalam Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama dia memuat naik fotonya berbaju serba jingga.
Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak putus-putus mendoakan kesihatan serta kesejahteraan pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu.
“Alhamdulillah, nampak semakin ceria dah sihat. Semoga cepat sembuh. Kuatkan semangat ya,” komen salah seorang pengikutnya.
“Semoga terus kuat dan kekal positif mengharungi ujian Allah ini. Semoga Kak El dilindungi dalam rahmat Allah,” kata salah seorang warga maya.
Elyana baru sahaja menjalani rawatan kemoterapi kali kedua untuk merawat kanser limfoma yang dihidapinya.
Sejak 10 tahun, Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat dan pertama kali mendedahkan mengenai penyakit yang dialaminya itu di konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya.
BACA: “Masa Kecil Nak Sangat Rabun, Baru Tau Seksanya…”- Penglihatan Elyana Dah Mula Kabur BACA: “Sebak Rasa…”- Ebit Lew Ziarah Elyana
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video