"Terima Kasih Untuk Segalanya" - Model Terkenal Rita Suraya Bersara Dari Dunia Peragaan
Asraf Aided
05/06/2020 05:12 MYT
05/06/2020 05:12 MYT
Model terkenal, Rita Suraya mengumumkan mahu bersara dari dunia peragaan yang telah diceburinya sejak tahun 2007.
Berita mengejutkan itu dikongsi Rita menerusi akaun Instagram dan Twitter miliknya.
"Dengan ini saya umumkan perletakan jawatan sebagai seorang model profesional, selamat maju jaya kepada rakan-rakan model saya di Malaysia, juga kepada agensi permodelan yang menaungi saya, The Models Lab KL.
"Terima kasih untuk segalanya, salam perpisahan," tulisnya.
Dalam pada itu, meskipun sudah yakin membuat keputusan, Rita mengatakan dia masih samar-samar tentang perancangannya selepas ini.
"Saya sudah buat keputusan, sudah berhenti kerja, sejujurnya, saya tak tahu apa yang akan saya lakukan selepas ini, tetapi saya rasa gembira bercampur sedih dengan keputusan ini.
"Mari kita doa yang terbaik," tulisnya lagi di Instagram.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Rita berasa terkejut, namun menghormati dan memahami keputusannya itu.
Terdahulu, sepanjang kerjaya dalam bidang peragaan, wajah Rita sering kelihatan di acara-acara fesyen besar tempatan seperti Minggu Fesyen Kuala Lumpur dan beberapa pertunjukan jenama besar tanah air.
Rita juga sering menghiasi kempen fesyen dan helaian majalah Glam sewaktu ia masih diterbitkan.
Apapun, selamat maju jaya Gempak ucapkan kepada Rita Suraya!