Terima Pengampunan, Ahmad Dhani Bebas Penjara Bulan Ini
Asraf Aided
13/12/2019 07:22 MYT
13/12/2019 07:22 MYT
Penyanyi Indonesia, Ahmad Dhani akan dibebaskan dari tahanan penjara pada 28 Disember ini setelah hampir setahun menjalani hukuman tersebut.
Memetik laporan liputan6.com, Keputusan itu diumum oleh hakim yang menguruskan kes penyanyi itu, Hendarsam Marantoko kepada pihak media di Indonesia.
"Ahmad Dhani akan dibebaskan pada 28 Disember ini kerana tempoh tahanannya dipendekkan selama satu bulan.
"Sebelum ini, dia ditahan pada 28 Januari, hukuman yang dijatuhkan adalah selama setahun, namun dia boleh dibebaskan awal sebulan," ujarnya.
Dalam pada itu, peguam Ahmad Dhani, Aldwin Rahardian juga menjelaskan bahawa rayuan penyanyi itu diterima oleh Mahkamah Tinggi Jawa Timur, Indonesia.
Terdahulu, suami kepada penyanyi Mulan Jameela itu ditahan di Cipinang Penitentiary, Jakarta Timur, Indonesia akibat mengeluarkan kata-kata berunsur kebencian awal tahun ini.
Sumber : liputan6.com