,
Laman Utama

Terima Rawatan Pemulihan Dadah, Nia Ramadhani Dalami Ilmu Agama

Maliah Surip
01/12/2021
03:45 MYT
Lama tidak mendengar khabar dari Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie yang ditahan atas kesalahan memiliki dadah dan ditempatkan di pusat pemulihan, peguam pasangan ini memberi perkembangan terkini tentang mereka.
Menurut Wa Ode Nur Zainab, pasangan suami isteri yang kini menjalani pemulihan di Lembaga Rehabilitasi Fan Campus, Bogor, Jawa Barat, berada dalam keadaan sihat.
Malah Wa Ode mengatakan tubuh Nia yang pernah cengkung dan mengejutkan banyak peminatnya sudah kembali segar.
“Ahamdulillah sangat baik. Nampak sekali betul-betul ada perkembangan yang sangat signifikan mengenai kesihatannya, lebih bugar (fizikal segar),” kata Wa Ode seperti dipetik dari Kompas.
Selain itu, peguam tersebut juga mengatakan baik Nia mahupun suaminya, Ardi, kedua dua menjadi lebih mementingkan soal agama kerana kerap mendapatkan nasihat dan mengikuti kelas bersama ustaz yang disediakan oleh pihak pusat pemulihan.
“Iya Alhamdulillah, semakin religius (mendalami agama. Memang di sana juga ada ustaz yang sedia membantu memberi nasihat apabila diperlukan,” katanya lagi.
Sementara itu menyentuh tentang perkembangan terkini kes mereka, Wa Ode mengatakan kedua klien mereka sudah siap jika dipanggil untuk memberi keterangan, sekaligus menerima hukuman yang dijatuhkan pihak berkuasa mengikut sabit kesalahan yang dilakukan.
“Sejak mereka menjalani proses di Polres Jakarta Pusat, keduanya sudah bersedia untuk menjalani hukuman.
“Jika dilihat juga, mereka sudah pulih dan siap untuk kembali ke masyarakat,” katanya lagi.
Semua penjelasan ini diambil dari laman YouTube Intens Investigasi yang disiarkan pada 30 November 2021.
Untuk rekod, Nia bersama suami dan pemandu peribadi mereka ditahan atas kesalahan memiliki dadah pada Julai lalu.
Instagram: @niaramadhanibakrie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Unitar