Drama bersiri popular di China, The Great Ruler (TGR) mendapat respon positif di aplikasi iQIYI.

TGR mengisahkan mengenai kisah seorang jejaka bernama Mu Chen yang berubah dari 'zero to hero'.

Berjuang menjaga keamanan dunia, Mu Chen berusaha membanteras kejahatan dan pada masa yang sama, dia menempuh pengalaman berkenaan dengan persahabatan dan hubungan cinta.

Dibintangi oleh Roy Wang dan Nana Ou-Yang, TGR merupakan drama bersiri adaptasi novel fantasi manga berjudul sama karya Tian Can Tu Dou.

Mendapat maklum balas yang baik dalam kalangan penonton Melayu di aplikasi iQIYI, TGR kini bersiaran di Astro!

Bermula 27 April, TGR bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 4 petang di Astro Prima.

Drama bersiri 48 episod itu juga anda boleh saksikan di on demand dan Astro GO.

Anda juga boleh menontonnya di aplikasi iQIYI!

Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi iQIYI di telefon pintar anda!

Dengan iQIYI, anda akan mempunyai akses kepada beribu-ribu rancangan menarik dari seluruh Asia!

Lebih menarik apabila anda mendaftar sebagai ahli serendah RM12.90 sebulan, anda akan berpeluang menonton pelbagai kandungan menarik iQIYI.

Anda akan mendapat akses sebulan percuma apabila mendaftar sebagai ahli baharu iQIYI.

Selain TGR, anda boleh tonton pelbagai rancangan terdiri daripada drama, filem dan program menarik seperti My Mowgli Boy, Youth With You musim ke-2, Ten Years Late, L.O.R.D Critical World, More Than Forever, When We Are Together, Arsenal Military Academy, The Rap of China, Green Snake dan banyak lagi.

Bagi yang ingin mendapatkan akses premium percuma dan episod penuh, langgan saja keahlian VIP.

Caranya mudah. Ikuti langkah-langkah ini:



1. Klik pada “Login/Signup”
2. Klik pada Astro Logo
3. Login dengan Astro ID credentials
4. Klik pada “New users. Can enjoy 1-month FREE VIP” Banner
5. Klik “Join now”.
6. Purchase it
7. ENJOY!

Apa tunggu lagi, muat turun aplikasi iQiyi di telefon pintar anda menerusi Apple Apps Store dan Google Play sekarang!

Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.